Monday, January 25, 2010

Pelaburan internet dibenarkan selagi patuhi syarak

Sistem muamalat Islam patut jadi panduan cari kekayaan bukan konvensional

RAMAI di kalangan kita teruja dengan pelbagai promosi dan perniagaan dalam internet. Semua mahu kaya lebih-lebih lagi dengan cara mudah. Lebih cepat kaya, lebih ramai peminatnya. 'Klik dapat duit', 'Jana Pendapatan', 'Letak duit dan terima 'durian runtuh' beribu-ribu dalam akaun' dan pelbagai slogan lagi begitu mengasyikkan pelayar internet.

Dalam keghairahan mengejar kekayaan seperti ini, kita sering alpa dengan garis halal haram yang ditetapkan dalam muamalat Islam. Hakikatnya, daripada aspek Islam, kemunculan internet sebagai medium penting dalam teknologi perniagaan seperti di atas sangat dialu-alukan.

Bagaimanapun, Islam ada garis panduannya. Sesuatu teknologi yang baik akan diterima. Begitu juga sebaliknya, sesuatu yang menyalahi syarak, ia tetap tidak dibenarkan.

Dalam ilmu perubatan contohnya, umat Islam diizin melakukan pengklonan, namun pengklonan terhadap manusia tidak dibenarkan.

Begitu juga diizinkan memakan buah anggur, namun anggur yang diproses menjadi arak tidak dibenarkan.

Dalam internet, banyak manfaat kepada Islam, tetapi pada masa sama, ada perkara yang tidak bermanfaat dan diharamkan.

Justeru, terpulang kepada kita untuk menggunakannya mengikut lunas dibenarkan oleh Islam dan undang-undang negara.

Begitu juga dalam proses mencari kekayaan. Umat Islam boleh mencari kekayaan melalui cara konvensional dengan bertemu pelanggan. Begitu juga boleh mencari kekayaan melalui internet tanpa perlu bertemu pelanggan. Islam membenarkan semuanya dengan syarat mengikut sistem muamalat Islam.

Kontrak (akad) mesti betul. Semua syarat dalam urus niaga mencari kekayaan mesti dipenuhi. Kaedah fekah ada menyebut, "Hukum asal dalam semua perkara adalah harus, kecuali ada dalil yang menunjukkan haram."
Jelasnya, hukum mencari kekayaan melalui internet adalah harus, kecuali wujud unsur dalam transaksinya menyalahi syarak yang menyebabkan ia menjadi haram.

Ada pelbagai cara untuk mencari duit melalui internet. Secara mudah, ada tiga cara untuk mencari duit di internet, iaitu melalui perniagaan internet, program internet dan melalui pelaburan internet. Ketiga-tiganya tidak halal secara mutlak dan tidak haram secara mutlak.

Daripada aspek hukum, sesuatu urus niaga adalah harus dalam Islam, kecuali wujud unsur yang menjadikannya haram dan menyalahi syarak.

Antara unsur atau elemen yang menjadi asas perbezaan kepada wujudnya hukum halal atau haram dalam urus niaga internet, ada dalam tiga perkara, iaitu riba, gharar atau ketidakpastian dan judi.

Dalam urus niaga internet, riba boleh berlaku dalam beberapa keadaan. Sebagai contoh, dalam jual-beli produk melalui internet, jika si pembeli membayar menggunakan kad kredit konvensional, ia terdedah kepada riba.

Ini berlaku jika si pembeli tidak membayar hutang kepada pengeluar kad itu dalam tempoh ditetapkan kerana ia akan dikenakan faedah atau riba.

Begitu juga riba yang diharamkan akan wujud jika jual-beli di internet membabitkan emas, perak atau mata wang.

Barangan itu yang dikenali sebagai `barangan ribawi` disyaratkan mesti diserah dan diterima ketika itu atau pada satu masa (yadan bi yadin).

Jika ia tidak dapat diserahkan pada masa itu juga seperti pada kebanyakan transaksi dalam internet, ia adalah riba.

Antara contoh gharar dalam transaksi internet pula adalah seperti maklumat produk jualan yang kabur seperti tidak diketahui bentuk, jenis, berat, kuantiti dan sebagainya.

Dalam pelaburan internet, gharar berlaku apabila pelabur tidak mengetahui secara jelas terma perjanjian termasuk pembahagian untung rugi, bidang pelaburan dan sebagainya.

Malah, gharar juga wujud apabila skim cepat kaya menjanjikan jaminan keuntungan dan pulangan yang pasti tanpa perlu melakukan sebarang usaha atau menghadapi sebarang risiko.

Transaksi dalam internet juga haram jika membabitkan unsur perjudian. Sebagai contoh, dalam kebanyakan program skim piramid dan pelaburan internet, peserta akan meletakkan sejumlah wang untuk mendapat wang segera yang lebih besar jumlahnya.

Ini jelas suatu pertaruhan atau judi yang diharamkan. Secara umum, pelaburan internet sebegini adalah skim cepat kaya alaf baru yang mengharapkan kepada nasib untuk mencari rezeki. Hanya `goyang kaki` tanpa ada sebarang usaha.

Malah, ia bertentangan dengan konsep pelaburan dalam Islam yang terbuka kepada konsep untung dan rugi.

Modus operandinya mudah, letak duit melalui `online`, goyang kaki, lepas itu duit akan 'membesar' dengan segera dan 'beranak-pinak' dalam akaun bank peserta. Biasanya pelaburan ini tidak mempunyai nama pemilik, tiada alamat atau alamat tidak benar, tidak mempunyai lesen dan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Ramai orang menyangka mereka akan kaya selepas menerima bayaran pertama dalam akaun. Namun, mereka tidak terfikir mereka akan papa kedana jika bayaran seterusnya tidak diberikan atau lebih malang jika laman web itu sendiri ditutup atau tidak beroperasi.

Ketika itu, mulalah `tepuk dahi` kerana kepada siapa perlu diadukan. Alamat pejabat tidak diketahui. Penganjur pula tidak dikenali.

Namun, tidak semua pelaburan internet ini haram.

Ada juga yang halal, mempunyai lesen serta memenuhi piawai syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Malah, kini ada beberapa institusi kewangan sah yang menyediakan kemudahan pelaburan melalui laman web masing-masing.

Justeru, kita mempunyai hak untuk memilih pelaburan halal disediakan. Oleh itu, semua pelayan internet disyorkan berhati-hati sebelum melakukan sebarang transaksi dalam internet.

Paling mudah, mereka boleh menyemak senarai pelaburan yang diizinkan dan senarai pelaburan, termasuk pelaburan internet yang tidak dibenarkan melalui laman web Suruhanjaya Sekuriti sendiri di alamat www.sc.com.my.

Justeru, berhati-hatilah dalam urus niaga itu. Internet adalah medium yang baik dan memang sah kontrak dengannya. Itu tidak menjadi masalah.

Yang menjadi masalah adalah kandungan, bentuk, terma serta syarat urus niaga. Jika dipenuhi segala prasyaratnya, sahlah urus niaga itu.

Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, umat Islam perlu terus mencari ilmu pengetahuan berkaitan muamalat Islam, termasuk urus niaga melalui internet.

Penulis ialah pensyarah Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam (CITU) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Friday, January 15, 2010

Seorang pahlawan....



Kerlipan Cinta
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya..



Salam buat semua...ingin ku kongsikan cerita bersama...

Pagi tu aku bangun lewat,dan tiba2 ku sedar sms masuk ke handphone .

Ayah.
"Ust Asri Rabbani meninggal.."

Terus aku bangun.Aku terkejut.

"kenapa,sakit ape??"

Ayah
"Tak tau,dah sampai ajal.."

Aku terus membuka laman Malaysiakini utk mengetahui dengan lebih lanjut.

.....Beliau tiba2 pengsan ketika sedang mengadakan rakaman sempena Ramadhan Almubarak,dipercayai serangan jantung secara tiba2....

Aku senyap..

Sungguh,aku sedih..Negara kehilangan seorang pahlawan nasyid yg agung dalam sejarah...Tak semena-mena aku teringat kenangan ketika bertemu arwah di Dewan Bankuet,Ipoh ketika kami sama membuat persembahan sempena majlis perkahwinan seorang anak Ulama terkenal yg juga telah kembali ke Rahmatullah...(Alfatihah)..

Beliau seorang yg mudah mesra dan sangat lembut perwatakannya.Tapi ketika itu aku tidak merasa apa2,biasa saja..mungkin seperti bertemu artis2 yg lain,tetapi...benarlah kata org,
kita akan merasa kehilangan ketika mereka telah tiada..Wajahnya yg sentiasa dihiasi dengan senyuman sungguh membuatkan sesiapa sahaja berasa senang hati dan selesa berada disamping beliau...Ketika itulah aku merasa kagum, kerana beliaulah yg mula2 menegur group kami,walaupun beliau seorang yg jauh lebih popular dan hebat kalau diikutkan..

Namun pagi itu sengguh!! aku sedih yg teramat,kalau nak diikutkan beliau bukanlah saudara mara atau kenalan rapat.Tetapi tak tahu mengapa..aku merasakan kehilangan seorang pejuang,seorang penasyid yg mempunyai suara yg tiada tolok bandingnya..Nah..Dengarlah lagu Kerlipan Cinta di atas..seolah2 ingin menitis air mata mendengarnya..

Bagiku Allahyarham adalah penasyid no1 Malaysia.Bukan sahaja boleh bernasyid,malah berzikir,mendendangkan Ayat2 suci AlQuran,bahkan macam2 lagi..Ramai yg merasai dan menangisi pemergiannya...kerana selepas ini hanya ulangan lagu dan suaranya di radio sahaja didendangkan..tetapi utk mendengar merduan seakan suaranya secara 'live'...entahkan bila...


Buat sahabat2..marilah bersama2 kita sedekahkan Alfatihah buat seorang pahlawan nasyid unggul tanah air...moga2 suaranya sentiasa menjadi alunan dakwah buat kita semua...dan moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg muttaqin...Alfatihah..

Monday, January 11, 2010

22 tahun kejayaan HAMAS (from harakahaily.net)

Gerakan Islam Hamas kini mencecah usia 22 tahun berjuang membebaskan Palestin daripada penjajahan Yahudi Zionis, dan bertekad untuk meneruskan lagi perjuangan getir ini tanpa kompromi.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyah, menyatakan janji ini di depan puluhan ribu warga Palestin yang hadir di Semenanjung Gaza untuk menyambut ulangtahun penubuhan kumpulan ini.

Ismail menegaskan, Hamas tidak akan mengiktiraf Israel dan akan terus berjuang, ketika ujian getir menimpa kumpulan ini yang terbukti menerima sokongan rakyat apabila menang besar dalam pilihan raya pada awal 2006.

Hamas melepasi ujian sejurus menang pilihan raya itu, yang menyaksikan tekanan-tekanan diberikan kepada kerajaan baharu dikuasai Hamas.

Sebelum itu, jutaan dolar dihulurkan oleh Amerika Syarikat kepada Pihak Berkuasa Palestin dikuasai Fatah sebagai dana pilihan raya. Barat tidak mahu melihat kumpulan Hamas menang dalam pilihan raya itu, menewaskan agennya, Fatah.

Mahmoud Abbas daripada Fatah kini masih memegang jawatan presiden Palestin, tetapi bukan sebuah negara seperti yang difahami ramai, cuma autoriti yang diiktiraf Barat sebagai mewakili Palestin.

Bukan itu sahaja, pengundi-pengundi di kawasan Baitulmaqdis Timur dihalang mengundi kecuali beberapa kerat, dan yang lain menghadapi cabaran merentasi kawalan Israel untuk mengundi.

Selepas Hamas menang, penyokong kuat Israel, pentadbiran George W Bush tetap enggan menghormati kejayaan besar Hamas mengaut 76 kerusi parlimen, apabila mengugut untuk membatalkan bantuan sebanyak AS$400 juta setahun kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Manakala Kesatuan Eropah walaupun meneruskan bantuan tahunan sebanyak AS$606 juta, terus mendesak Hamas menghentikan perjuangan bersenjata dan mengiktiraf Israel.

Hanya Hamas dan Palestin didesak menerima syarat-syarat tidak masuk akal itu, sedangkan Zionis yang datang menjajah, membina penempatan haram yang mempunyai kemudahan (tidak seperti penempatan rakyat Palestin), membunuh rakyat Palestin dan membina tembok penghalang diberi bantuan berterusan oleh Barat.

Hal ini memberi pengajaran kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia tentang sikap Barat terhadap mereka. Gerakan Islam sebenar tidak akan mendapat restu dan penghormatan daripada pihak Barat.

Kumpulan-kumpulan (atau tokoh-tokoh) yang diberi penghormatan Barat perlu diragui oleh ahli-ahli gerakan Islam, dan tidak melihatnya sebagai Barat akhirnya mengiktiraf kita.

Hamas secara konsisten menolak perjanjian-perjanjian damai tajaan AS seperti Perjanjian Oslo yang sangat berat sebelah dan tidak diwakili kumpulan yang paling dizalimi.

Istilah-istilah seperti "penyelesaian dua negara" yang digambarkan sebagai mengiktiraf wilayah Palestin hanya cara lain untuk memecahkan wilayah asal Palestin dan memberikan bahagian yang terbaik kepada pihak Yahudi.

Tidak seperti pemimpin kumpulan Fatah, pemimpin-pemimpin Hamas tidak diiktiraf malah diburu dan dibunuh.

Pada tahun 2004, dua orang pemimpin besar Hamas dibunuh Zionis. Syeikh Ahmad Yassin dibunuh pada 22 Mac 2004, dan kemudian Abdul Aziz al-Rantissi pada 17 April melalui serangan daripada helikopter bersenjata.

Syeikh Ahmad berjasa besar dalam menubuhkan Hamas, yang seperti juga PAS di Malaysia, mendapat pengaruh daripada Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Walaupun secara rasmi tertubuh pada 1987, gerakan ini telah wujud lama sebelum Intifadah pertama itu.

Dari sudut susur galurnya, Hamas boleh disifatkan sebagai sayap Ikhwan di Palestin.

Gerakan Islam perlu sentiasa ingat bahawa musuh tidak sekali-kali akan reda dengan perjuangan Islam, kecuali apabila perjuangan itu terpesong atau terpengaruh dengan agenda-agenda yang berlandaskan kepentingan lain yang tidak kena dengan perjuangan Islam.

Apa yang berlaku kepada Hamas sejak penubuhannya, sehingga akhirnya menang pilihan raya dan berdepan serangan di Gaza menunjukkan istiqamah gerakan ini, yang tidak seperti Fatah, menerima pengiktirafan Barat dan pelbagai bantuan.

Kini, dunia melihat selepas hampir setahun konflik Gaza yang menunjukkan Hamas dan penduduk kawasan sempit itu hampir tidak berupaya melawan serangan Zionis, sokongan kepada Hamas tidak luntur, seperti juga prinsip perjuangan yang dipegang Hamas.

Ismail dalam ucapannya itu menegaskan, "Kami tidak akan berundur memperjuangkan wilayah Palestin dari sungai hingga ke laut," merujuk kepada sempadan sebelum Inggeris menyerahkan tanah Palestin kepada Yahudi yang membolehkan Israel diwujudkan secara haram pada 1948.

Dalam tindakan-tindakan masyarakat antarabangsa yang dikuasai Barat, pernah disebut sempadan tahun 1967, kemudian sempadan 1973 sedangkan sempadan Palestin tahun 1948 perlu ditangani terlebih dahulu.

Hamas sendiri, melalui seorang pemimpinnya Khalid Mashaal, menegaskan sejurus menang pilihan raya pada 2006, rundingan dengan Israel perlu terlebih dahulu menangani isu perdamaian dan bukan isu sempadan, yang kini telah jauh daripada sempadan 1967 yang pernah ditegaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai had Israel perlu berundur.

Menurut Hamas, sempadan 1967 itu juga sudah merupakan sesuatu yang sangat tidak adil kepada rakyat Palestin. Kekejaman yang berlaku pada 1948 masih segar dalam ingatan ramai mangsanya yang masih hidup, dan masih jelas dalam rakaman sejarah.

Sikap istiqamah Hamas dan kejelasan prinsip perjuangan dan pemimpin-pemimpinnya membolehkan Hamas mendapat sokongan dan meraikan sambutan ulangtahun ke-22 dengan gemilang.

"Sepanjang 22 tahun penubuhannya, Hamas berjaya mencapai satu bahagian besar matlamatnya dan mengatasi setiap cabaran dihadapi, termasuk penjara, pembuangan, pembunuhan dan pilihan raya," kata seorang lagi pemimpinnya, Mahmoud Zahar.

Hamas kini terus membuktikan apa yang diucapkannya, mempertahankan prinsip perjuangan dalam menghadapi cabaran kalah dan menang, menjadi salah satu contoh utama kepada gerakan-gerakan Islam seluruh dunia.

Tuesday, January 5, 2010

Kan diam lebih baik.......

Salamualaikum wbt.

Dalam sebuah hadith Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Barangsiapa yg mendengar sesuatu khabaran berita dan menceritakan kepada org lain(tanpa mengetahui kebenarannya),maka sudah cukup utk mengatakan bahawa dia adalah seorang yg penipu"

Dalam kita hidup sehari2 ni,pernah tak kita terfikir betapa banyak fitnah dan dosa yg kita buat hanya dengan 'bercakap'???dah tentu kite xpernah terpikir langsung..sebab kite dok becakar ikut mulut je...tapi tu la hakikatnye,manusia ni memang tak boleh lepas dari bercakap,bercakap dan bercakap.Tetapi malangnye cakap kite tu tidak memberi ape2 pn faedah dan pengajaran.Penuh dengan caci maki,tipu,fitnah,kutuk,dan segala bentuk macam lg...kan elok kalau bercakap mengenai hal2 yg berfaedah dan indah2....

Nabi Muhammad SAW adalah seorang yg cukup istimewa,hingga bolehlah dikatakan sbg "every single piece is a master piece"!!! iaitu setiap yg diungkapkan baginda adalah mutiara2 hikmah yg penuh dengan pengajaran dan peringatan..Sampaikan bila Nabi SAW tersenyum shj,maka menangis para sahabat kerana indahnya yg dikatakan Nabi Muhammad SAW itu...belum bercakap lg...Jadi kita sebagai org yg mengakui Islam dan mengikuti ajaran Islam,kenelah berpada2 dalam bercakap dan mencontohi Nabi SAW.Kite jugak pernah dengar,lebih baik IAM daripada bercakap..sebab??sebab lebih banyak bercakap,lebih banyaklah dosa,lebih luaslah pintu neraka utk kita...tu belum masuk dosa2 kite yg lain lagi...na'uzubillahi min zaalik!!

Hadith melayu ade sebut,"kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa".Sedih bila tengok org2,hatta rakan2 ni dok bercakap,tapi penuh dgn umpatan,carutan yg tak bagi ape2 faedah pun,hanya buat tambah dosa.Rsa nak tegur pn berat..sebab mungkin takde kekuatan utk tegur tu melainkan alternatif blog mcm ni la....(Ya Allah lemahnye hambaMu ini....) Bukanlah nak kate diri sendiri sempurna,tapi sekadar ingt dan memperingati tu kan tak salah.Malah dituntut.Ade satu lg jenis manusia ni,lagi 'bagus' fiilnye...bercakap punyalah bagai nak rak kononnye dielah jaguh melayu dan tahu serba serbi tentang itu dan ini,semua hal orang konon dia tau,semua cerita konon dia khatam,tapi bila orang komen,mengata,tegur,fuh...marah xtau nak kata.Orang mcam mane ni??Ni kah yg diajar oleh Islam??Ade manusia jenis ni dlm sekeliling kite...

Tapi ni semua adalah fitrah,memang Allah jadikan hambaNya itu dengan mulut adalah untuk bercakap,cuma terpulang kat diri sendiri mcm mane nak gunakannye utk kebaikan atau keburukan..Nah ni lah ujian buat kite utk ukur keimanan dan kekuatan amalan kita utk pertahan diri dari bercakap tentang perkara2 yg lagha,dan sia2...Penulis tidak bermaksud utk melukakan hati sape2,cukuplah peringatan utk diri sendiri dan siapa yg membaca...

Akhirul kalam,

"Jagalah mulut anda!!!"

Wallahu a'lam...

Tuesday, October 27, 2009

stadi...stadi..stadi...

Stadi...stadi...stadi....xpenat ke?
ade org yg beranggapan hidup muda ni kene stadi je dulu..jgn pikir bende lain..ade jugak yang anggap taim mude ni le kite nak enjoy..xyah penak2 pikir nak stadi..tp betul ke dgn stadi je kite dapat best result??lu pikir la sendiri..

kat sini aku nak bg pendapat le sikit kan...tentang stadi ni.Aritu ade sorg kwn aku ni ckp..kite kat U ni pape pun stadi must come first..yg lain2 tu baru kemudian.So,bile pikir2 balik memg btl pun..kite kat U ni atau kat memane institusi yg plg aula nye adalah stadi or belajar.Tapi tu tak bermakne kite belajar dlm kelas je..belajar ni ape jugak yg kite buat,selagi bende tu boleh tambahkan ilmu kite maka ia dipanggil 'belajar!!!'...

Apa yg aku nak tekankan kat sini adalah..belajar atau stadi bukan tiket utk dapat best result dlm exm..sbb ape?sbb ade jugak org xbelajar tp die dapat best result than the best.Xcaye?kalau xcaye korang chek kwn2 korg..ade yg ponteng kelas..ade yg bukak buku baru brape helai..ade yg memg xbukak buku langsung...tp pointer 4 flat.!!

Ade org cakap,tu kire drg blajar le tu,tp kan belajar diorang xsame ngn org yg struggle..so..heran kan!!So kat sini lah kita sebagai org yg bergelar Muslim..yg declare kite ni percaya pd Allah dan pertolonganNya..maka kite kene selalu mintak kat Allah supaya Allah berikan pertolongan yang maksimum utk kite berjaye.Firman Allah:

"Wahai org2 yg beriman,jika kamu menolong agama Allah,maka Allah akan menolongmu"

Sahabat2 sekalian..pertolongan yg mana lebih baik daripada pertolongan dr Allah??jawab soalan tersebut..so dalam kita dok belajar ni..dakwah kene diteruskan..bila kita buat dakwah dalam masyarakat.maka kita telah menolong Agama Allah..dan sebagai balasan..Allah menolong kita..tolong yg macam mane?macam2 cara..yg kita tidak boleh jangkakan.terutamanya dalam pelajaran

Tuntasnya..kita perlulah stadi..stadi..stadi..tp.....lu pikirr la sendiri....

Tuesday, October 13, 2009

Ikan dan asam bertemu juga dalam kuali,bikin muafakat

Perpaduan....

Selalu terdengar di corong2 radio dengan lagu perpaduan.Lebih2 lagi ketika musim kemerdekaan dan event2 tertentu.Tetapi ingin ana lontarkan pandangan mengenai perpaduan dlm kalangan umat Islam itu sendiri.Kerajaan Perpaduan?ooowh...tidak2 sama sekali.

Ada ana terdenga ceramah yang disampaikan oleh ust Shamsuri hj Ahmad.Waalahua'lam,seakan tidak tahu mengapa,tetapi ana selalu bersetuju dengan pandangan dan lontaran pendapat yang diutarakan oleh ust tersebut.Mungkin kerana segala kupasan tersebut adalah berdasarkan dalil yang kukuh dan tidak pernah lari dari apa yang disarankan oleh Islam.

Antara yang ana boleh ringkaskan ialah,dalam hal ehwal agama Islam,kita kena bersatu.Biarlah berbeza idealogi,pendapat,pegangan politik,persatuan dan sebagainya,tetapi atas nama Islam,mahu ataupun tidak kita wajib bersatu.Perkara ini penting kerana Islam perlu dijadikan sebagai role model kepada agama2 lain.

Hal ini tidak terjadi.Umat Islam kini berpecah.Kita boleh lihat apa yang sedang berlaku dalam negara,kampus,kesatuan2 dan sebagainya.Masing2 mahu menunjukkan aku betul,kamu salah!Kalau begitulah sikapnya,bila Islam hendak bersatu?Ana agak cuak hendak membicarakan mengenai tajuk ini,kerana ana tahu tidak semua yang akan bersetuju.Terpulang,ana tidak pernah hendak memaksa hendak bersetuju.

Bukankan baik jika dengan banyak persatuan dan pertubuhan ini digunakan kesempatannya untuk memperbaiki antara satu sama lain?Persis sebuah jentera,ada macam2 jenis pekakas yang diperlukan.Skru,stering,tayar,break dan sebagainya.Pekakas ini ada fungsi2nya yang tertentu.Skru tidak boleh ambil tempat stering.Stering tidak boleh menjadi tayar untuk bergerak dan begitu juga untuk yang lain.Tetapi semua pekakas2 ini memainkan peranan mereka masing2,dan hasilnya jentera dapat bergerak.

Begitu juga dalam soal agama Islam.Masing2 mahu mempertahankan hujah dan pendirian masing2 tanpa mahu rasa terbuka hati untuk menerima pandangan orang lain demi kepentingan yang lebih besar,iaitu dalam mendaulatkan agama Islam.Jikalau begitulah sikapnya,jangan bermimpi mahu Islam didaulatkan.Ya,pendirian itu perlu supaya kita dihormati,kita dilihat tegas dan sebagainya.Tetapi pedirian itu perlu juga dibawa berbincang bersama supaya satu pendirian Islam dapat dicapai

Wallahua'lam..

Syok sendiri??

Salam perjuangan.

Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan untuk menulis dalam blog ini sebagai wadah untuk mengetengahkan kebebasan pendapat.Kerana Islam itu agama yang bebas tetapi perlulah mengikuti syariat dan aturan yang ditetapkan Islam.

Dalam hendak melayari sebuah perjuangan terdapat bayak kekangan dan halangan yang timbul samaada dalam bentuk masa,kewangan,masyarakat,halangan pemerintah dan sebagainya.Tetapi seorang da'ie itu perlulah bijak dalam hentak mengatasi mehnah dan tribulasi tersebut.Sebagaimana apa yang telah ditunjukkan Rasulullah ketika mana hendak berhijrah ke Madinah,merupakan contoh kebijaksanaan dan strategi Baginda dalam hendak berdakwah.Namun ana agak kecewa dengan segelintir manusia yang hanya memikirkan kehendak mereka semata,tanpa memikirkan kesibukan dan kekangan yang dialami sahabatnya.

Ya,komitmen itu sangat perlu dan wajib diberikan jika bergelar seorang pejuang,tetapi komitmen juga perlu diletakkan pada tempat yang sepatutnya supaya perjalanan seorang hamba dalam menjalankan tugas sebagai hamba,pelajar,da'ie,pejuang nampak kebaikannya.Apa guna jika dalam terlalu hendak berjuang,tetapi mengambil keputusan peperiksaan dalm keadaan tertunduk lemah tidak bermaya.Hendak mengatakan bahawa "itu adalah silapnya sendiri!!" adalah ana berasa tidak adil kerana siapa yang mempengaruhi aktivitinya seharian dengan mengganggu waktu belajarnya?jawab soalan itu....

Demikian dalam konteks pelajaran.Kemudian ingin ana bicarakan mengenai keberhasilan gerak kerja dakwah itu.Ana berasa cukup sedih dan lucu tikamana melihat kebanyakan program-program berbentuk Islam itu hanya dihadiri dan disertai oleh ahlinya sahaja.Sedangkan puas dimomokkan dengan ungkapan "Islam untuk semua",tetapi program itu adakah dihadiri oleh kesemuanya?Bukan hendak mengata atau komen kosong,tetapi sangat sedih kerana pendapat yang seakan tidak selari dengan pemikiran golongan-golongan tertentu ini dipandang enteng.

Mereka tidak menyedarinya,atau buat-buat tidak sedar.Fenomena syok sendiri ini seakan berlaku pada semua orang tetapi cukup sedih kerana tiada tindakan susulan dan cara mengatasinya.Oh,apabila sudah menang sesuatu pertandingan,sudah cukup mengatakan bahawa mereka orang hebat,sudah menang diundi,berasa yakin mereka sudah diterima rakyat,cukup "syok sendiri..".Baik pihak yang memerintah mahupun yang membangkang,semua hanya memberikan statement mengikut pandangan dan fikrah sendiri.Tetapi kemana hilangnya ketelusan dan accountability yang sepatutnya diterjemahkan?

Kerana itu Islam sekarang makin parah.Adalah kerana begitu ramai orang-ornag dan pemegang pejuang Islam terutamanya yang "syok sendiri".Merasakan mereka sudah cukup bagus tanpa memikirkan mengenai keperluan umat semasa.Budaya SS ini seakan menjadi
tabiat yang sebati dalam jiwa mereka.Ubahlah!Renunglah!Bagaimana hendak memartabatkan Islam jika kita merasakan kita sudah cukup bagus tetapi mad'u mengata,mencaci,tidak ambil peduli,malah mentertawakan kita.

Bukan mengata mahupun mencerca.Tetapi buat renungan kita bersama.Penulis sekadar memberikan pandangan,ada kelemahan dan perlu kritikan.Wallahua'lam.